AHLI PAS SOKONG DS NAJIB

. Monday, July 13

1. PENGARAH PRK PAS menyatakan keyakinan akan kemenangan calon mereka di Manik Urai.

2. Begitu juga Pengarah PRK BN, menyatakan keyakinan rakyat Kelantan di Manik Urai sudah kembali memberi sokongan kepada BN.

Laporan di terima penulis keadaan di sana sehigga kini ( 5PM ), masih 50-50, yang mana pengundi atas pagar akan menentukan kemenangan kedua-dua calon.

3. Apa pun, esok adalah penentu. Jika BN menang maka ia satu tangga pertama untuk mengambilalih kerajaan negeri Kelantan pada PRU akan datang. Tiada yang mustahil, tahun 2004 PAS hanya majoriti mudah 2 Kerusi sahaja dan PAS kalah di Manik Urai.

4. Yang pasti hari demi hari sokongan rakyat kepada DS Najib semakin bertambah. Ketika di Ijtimak Tabligh seluruh dunia di Nilai, ahli-ahli Tabligh mendoakan kejayaan PM dan TPM mengemudi negara ke mercu kejayaan.

5. Menjelang 100 hari KePerdana Menterian, sudah ramai penyokong-penyokong PAS memberi sokongan kepada DS Najib dan TS Muhyidin. Barangkali mereka marah kepada UMNO dan BN setelah dihasut sejak kecil lagi, tetapi setelah mereka membesar di alam nyata mereka tidak lagi marah kepada DS Najib dan TS Muhyidin, setelah mengetahui cerita sebenarnya.

6. Beberapa sahabat penulis di kalangan ahli PAS sudah ramai menyatakan kekecewaan dan kekesalan mereka terhadap parti PAS, bagi mereka indah khabar dari rupa. Mereka sudah berani untuk dipulaukan oleh kawan-kawan PAS mereka, penulis hanya mendengar sahaja.

Tolong Berikan komen yang berguna untuk Agama, Bangsa Dan Tanah Air. Penulis berharap Anda Menggunakan Nama Sebenar dan tidak menggunakan Nickname Anonymous



1 Komen:

Anonymous said...

Apa komen sedara kekayaan nik aziz dan kuarganya kat klate tu...tak sangka

 

JENTAYUABAKA Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal