PARTI RAKYAT MASIH WUJUD ? : PARTI RAKYAT MENGAWAL PARTI KEADILAN

. Friday, February 5
0 Komen


1. YB Zuilkifli Nordin dalam satu wawancara eksklusif mempertikaikan Dr Syed Husin Ali dan kawan-kawannya yang kini menguasai sebahagian besar Parti Keadilan Rakyat( PKR). Beliau mempersoalkan mengapa banner-banner di Damansara, Perak, Pulau Pinang dihightlightkan Parti Rakyat bukan Parti Keadilan.

2. YB Tan Tee Beng dalam temuramah terbukanya di Kuala Lumpur baru-baru ini tidak mahu dipanggil YB PKR sebaliknya beliau mahu dikenali sebagai YB Parti Keadilan.

3. Menurut YB Tan Tee Beng, Penggabungan PRM dengan Parti Keadilan sebenarnya satu penipuan oleh Dr Syed Husin Ali. Beliau mempersoalkan jika ia satu penggabungan, mengapa Parti Rakyat Malaysia masih wujud.

4. Khabarnya Mahkamah Tinggi pada hujung tahun lepas juga ada memutuskan bahawa Parti Rakyat masih wujud. Khabarnya juga, nama Parti Rakyat masih ada di dalam Pendaftar Pertubuhan ( ROS ).

5. Maka kini jelas, fahaman sosialis sudah menyerap masuk jauh ke dalam Parti Keadilan.

6. YB Wee Che Keong ( PKR Wangsa Maju ) petang tadi dalam Press Conferencenya telah meminta supaya mereka yang menipu Parti Keadilan ini diambil tindakan tegas.

7. Perpecahan dalam Pakatan Rakyat kini sudah sukar diubati dengan bukan saja di kalangan DAP dan PKR di Pulau Pinang, tetapi sebenarnya di dalam Parti Keadilan dan Parti Rakyat.

PAS bijak kerana berdiam diri.

8. Boleh sesiapa terangkan fahaman Sosialis ?
Tinggalkan Komen dan Pendapat Anda!

SMS TIMBALAN PRESIDEN

. Wednesday, February 3
0 Komen

1. PRESS CONFERENCE oleh YB Tan Tee Beng (PKR) Nibong Tebal pagi tadi dipenuhi dengan kemarahan beliau kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng yang dianggapnya sangat angkuh. Lim Guan Eng, katanya sehingga ke hari ini sanggup tutup mulut daripada menjawab isu-isu yang melanda kepimpinannya di Pulau Pinang.

2. Beliau mendesak supaya Lim Guan Eng meletak jawatan atau dipecat daripada jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, atau menunggu masa rakyat Pulau Pinang menjatuhkannya dan menjathkan Pakatan Rakyat.

3. Akibat daripada kelantangan YB Tan Tee Beng itu, beliau telah diberi amaran keras oleh Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR. Beliau menunjukkan SMS Dr. Syed Husin Ali yang berbunyi, :

" Yb Tee Beng. Saya nasihat sdr berenti buat keny media seperti yg dilakukan 2-3 hari ini. Ia burukkan nama pkr dan jejas imej pr. Jika terus Parti akan terpaksa ambil tindakan. Tk. S Husin Ali, TP ".
Tinggalkan Komen dan Pendapat Anda!

KHALIFAH PULAU PINANG

. Sunday, January 31
1 Komen







YB ZAHRAIN PKR : Lim Guan Eng Khalifah Pulau Pinang seorang yang cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya

YB Zulkifli PKR : Kalau saya yang buat kenyataan macam ini ( macam Zahrain ), mesti dah melenting habis ' Firaun-firaun Kecil'. Jadi saya nak tengok apa pula tindakan mereka terhadap Zahrain.

YB Lim Guan Eng :...Kita hendaklah mencontohi Khalifah Umar Abdul Azizzzzzzzzz

PAS : Diam ( kalau kita bersalah diamkan )

PKR : Diamkan ( kita terperangkap )

Rakyat : Menagih Janji-Janji Pilihanraya...
Tinggalkan Komen dan Pendapat Anda!

BARU TAHU DIKTATOR

. Saturday, January 30
3 Komen



1.APABILA YB Datuk Zahrain MP Bayan Baru mengatakan Ketua Menteri Pulau Pinang Diktator, baru tahukah? Baru tahukah dia tidak boleh dikrtitik? Bayangkan kalau dia jadi Perdana Menteri Malaysia?

2.Walaupun Lim Guan Eng mempromosikan pentadbiran yang telus, adil dan cekap kononnya tetapi realitinya YB Zahrain mendapati Lim Guan Eng yang berjanji menggunakan sistem tender terbuka, sebaliknya Ketua Menteri ini menggunakan kuasanya mempengerusikan lembaga pemilihan tender. ( Lim Guan Eng is promised an open tender system, but he has made the process worse by personally chairing the tender board )

Ada sesiapa di Pulau Pinang boleh senaraikan sejak Mac 2008 berapa tender diberikan kepada orang Melayu, Cina dan India dan kaum-kaum lain secara adil, samarata dan saksama.

Ada sesiapa boleh berikan statistik apa projek dan berapa nilai projek yang diberikan kepada orang Melayu , Cina dan India dan kaum-kaum lain?

Semua ini perlu didedahkan untuk membuktikan betapa rakus dan diktatornya Ketua Menteri Pulau Pinang sebagaimana marahnya YB Zahrain itu.

3. DAN kemarahan YB Zahrain yang paling kita tidak dapat terima ialah apabila YB Zahrain berkata Lim Guang Eng sepatutnya menghormati semua kaum dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh semua kaum...
( Lim Guan Eng should respect people of all races and speak in a languange undestood by all )


Isunya, adakah Lim Guan Eng bercakap Mandarin dalam Mesyuarat Exco? Adakah Lim Guan Eng bercakap Mandarin dalam situasi ada 2 Cina 1 Melayu ?

Anda baru tahu DAP begitu?...

Kini kita sudah boleh lihat Ketua Menteri Pulau Pinang ikut cara Khalifah Umar Abdul Aziz atau Lee Kuan Yew?

Mungkin anda tidak bersetuju dengan YB Zahrain?
Tinggalkan Komen dan Pendapat Anda!

ADA MUSUH DALAM SELIMUT DI KELILING MENTERI BESAR KELANTAN

. Wednesday, January 27
2 Komen


1. DI NEGERI Cik Siti Wan Kembang satu demi satu isu Dalaman kerajaan Kelantan dibongkar, bukan terbongkar sebenarnya, tetapi dibongkar oleh orang dalam PAS sendiri.

2. Kita ambil isu menantu Menteri Besar dalam Perbadanan Kerajaan Negeri Kelantan itu, dibuka satu demi satu rahsia ketidaktelusan di situ.

3. Kemudian ada orang dalam PAS dikatakan memberi Maklumat Minit Mesyuarat Exco Negeri Kelantan yang belum disahkan. Exco Kanan menafikan terlibat. Bagaimana Kickdefella boleh mengetahui dan mendedahkan begitu banyak maklumat .

4. Selepas itu, ditimbulkan isu Kerugian Bazar Kota Bharu yang rugi berjuta-juta ringgit itu. Siapakah dan bagaimanakah ia didedah dan terdedah?. PAS dan kepimpinannya sangat Terkenal untuk menyembunyikan dan menutup rahsia kelemahan mereka sekuat-kuatnya, namun kini nampaknya tidaki begitu.

5. Kemudian terdedah lagi isu Bil Hospital Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan. Sepatutnya Raja-Raja kita perlu dihormati dan dijaga dengan baik hal-hal sedemikian ini, tetapi nampaknya didedahkan juga.

6. Tidak sampai seminggu, dimunculkan pula isu Rumah Kelantan di Kuala Lumpur. MB Kelantan terpaksa menjawab sementara Exco Kanan berdiam diri.

7. Penulis percaya selepas ini satu demi satu isu-isu besar yang melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan akan dibongkar oleh orang-orang di sekeliling Menteri Besar Kelantan sendiri.

8. Selama ini diyakinkan ahli-ahli PAS akan taat kepada pemimpin dan parti mereka, tetapi mereka tidak sedar di sekeliling Menteri Besar Kelantan sudah ada musuh dalam selimut. Persoalannya siapakah dia? Mengapakah?

9. Selepas ini apakah isu besar lain pula? Anda tidak percaya ?
Tinggalkan Komen dan Pendapat Anda!

TIDAK PERCAYA YB KULIM SERTAI UMNO?

. Monday, January 25
3 Komen

1. Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pahang. Beliau meletak jawatan kerana kecewa dengan pentadbiran parti itu di peringkat negeri.

2. Zaid Ibrahim mencadangkan ahli parlimen PKR dari Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dipecat. .Sebagaimana saranan penulis, Zulkifli lebih baik menjadi YB Bebas dan ini membolehkan beliau bebas mengemukakan pandangan Islamnya yang tidak boleh diperjuangkan di dalam Pakatan kerana adanya penghalang yang tidak mampu diatasinya.

Bukanlah rahsia YB Zulkifli mempunyai hubungan yang baik dengan UMNO dan BN. Barangkali boleh dilihat dari sudut kekalnya YB Zulkifli di Kulim tanpa ada petisyen bantahan tempohari walaupun BN mempunyai asas untuk menghantar petisyen.

YB Zulkifli sedang mempraktikkan konsep memberi dan menerima.

3. Dr Syed Husin Ali berkata Zulkifli Noordin nampaknya tidak bercadang untuk menyelesaikan masalah berhubung perdebatan isu penggunaan kalimah 'Allah', tetapi sebaliknya bertindak seolah-olah "membantu Umno".

4. Zulkifli turut dibidas ketua umumnya sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah ceramah di Hulu Klang.

5. Matematiknya kini terletak pada integriti laporan polis itu, sama ada YB Zulkifli keluar pakatan atau tetap di Pakatan Rakyat yang menyusahkannya itu. Jika YB Zulkifli kekal dalam Pakatan, laporan polis itu tidak bernilai dalam perjuangannya.

Jika YB ZulKifli keluar Pakatan, YB Zulkifli akan menang lagi di mata rakyat. Kini beliau sedang membuat pilihan, sama ada kekal, menunggu keputusan mesyuarat PKR esok, atau mengiakan sahaja desakan Zaid Ibrahim supaya dia dipecat.
Tinggalkan Komen dan Pendapat Anda!

LAKONAN TERBAIK DI ATAS KERTAS BUKAN DI PADANG

. Saturday, January 23
3 Komen


1. YB KULIM BANDAR BAHARU mengambil langkah berani apabila membuat laporan polis terhadap YB Shah Alam atas isu kelimah Allah. Kedua-dua mereka memiliki rasional masing-masing untuk mempertahankan pandangan masing-masing.

2. Apakah motif YB Kulim membuat laporan polis? Apakah untuk melarikan isu sebenar 2 Fabuari? Setakat Laporan polis tidak memberi apa-apa kesan politik kepada YB Shah Alam.Sebab itu penulis mengulangi cabaran kepada YB Kulim Bandar Baharu supaya meninggalkan Pakatan Rakyat jika benar-benar mempertahankan kesucian agama Islam. Jika tidak, ia sekadar lakonan-lakonan lamanya dahulu. Ia sama ketika YB Kulim berperang dengan DAP dan PKR tahun lalu, di mana akhirnya YB Kulim rebah menyembah mengalah.

3. Sebagai orang politik, YB Kulim akan memainkan isu lain untuk melarikan isu sebenar, YB Kulim tidak akan berani mengambil tindakan lebih drastik, hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.

4. Kerana, jika benar YB Kulim berjuang kerana Allah SWT dan kesucian agama Islam, maka jika mengetahui YB Shah Alam terang-terang menyokong pihak gereja dan kristian, hanya bertengkar di atas kertas dan blog, hanya mencari glamor di kaca TV, itu bukan pejuang yang ikhlas sebenarnya. Ia hanya aca-aca sahaja.

5. Tindakan yang paling tepat ialah YB Kulim Bandar Baharu keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi YB Bebas sebagaimana ancaman YB DAP di Pulau Pinang dan Kedah akan keluar DAP jika kerajaan Pulau Pinang/Kedah tidak mengikuti permintaan mereka. Oleh kerana kerajaan Pulau PInang dan Kedah tunduk kepada desakan YB DAP itu, maka mereka tidak jadi meneruskan hasrat keluar DAP.

6. Sebaliknya YB Kulim Bandar Baharu hanya aca-aca sahaja...

7. Selepas bertemu atau ditemukan oleh pemimpin de facto...laporan polis YB Kulim itu berlalu ditelan zaman. Hanya menjadi cerita boneka sahaja.

8. Ini semua sudah pernah dilakukan oleh mereka semua...Lihatlah dalam kes arak bagaimana YB Datuk Dr. Hassan Ali tunduk kepada YB Ronnie Liu, dahulu YB Kulim pun tunduk diam juga.

9. Hanya jika YB Kulim bertindak lebih berani, lebih jantan, lebih ke hadapan baharulah boleh ditabalkan pejuang sejati...bukan pelakon sejati. Ia sudah pernah mereka lakonkan tetapi anda mungkin masih tidak bersetuju...
Tinggalkan Komen dan Pendapat Anda!

 

JENTAYUABAKA Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal